Kelayakan untuk dikira taska di rumah


http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=b0twWGNVR0N2VjdGV2N0S3JkbjlEZz09

DEFINISI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK

Di bawah Seksyen 2, akta 308 taman asuhan kanak-kanak ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.

Bini, laki, anak atau cucu bagi upah pun dikira!!!

TASKA Di Rumah
Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
Dijalankan di kediaman sendiri

PROSEDUR PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA
Konsultasi dan permohonan pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berkenaan.
Permohonan pendaftaran yang lengkap akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja.
Bayaran fi pendaftaran dikenakan sebanyak RM50.00 bagi TASKA Di Rumah.

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Kelulusan Sijil Perakuan Pendaftaran TASKA akan dikeluarkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN) yang berkenaan. Sebarang pembetulan terhadap sijil tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari.
Tempoh sah pendaftaran adalah selama 60 bulan (5 tahun).
Senarai TASKA berdaftar boleh disemak di laman web www.jkm.gov.my

Pengusaha hendaklah hadir dan lulus Kursus Asas asuhan Kanak-kanak (KAAK)/ Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP) yang diiktiraf oleh JKM;
Pengasuh hendaklah hadir dan lulus KAAK/KAP atau lulus KAP dalam tempoh 12 bulan bekerja;

Kos:

1. Makan minum etcs untuk 4 kanak2 - harian

2. Ssm/Ros rm60 - SETAHUN

3. Kap rm900 tapi ditaja now - seumur hidup

4. Yuran daftar rm50 untuk 1/2 dekad

Dalam rm1k

Tapi rm100 je selepas 0.9k ditaja/pulangkan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Manfaat isi banci secara online berbanding semuka

KAP online FREE by PENJANA